Wednesday 2 May 2012

Pemetaan Instrumen PBS BM T1

Hasil Pembelajaran Bidang Interpersonal

Bidang Interpersonal berfokus pada keupayaan murid berkomunikasi berasaskan bahasa dengan menggunakan kata, frasa, rangkai kata,
ungkapan, dan ayat yang betul dan tepat secara bertatasusila. Bidang ini juga bertujuan untuk mengekalkan hubungan dengan rakan
rapat atau orang lain melalui perkongsian idea semasa berinteraksi sosial atau berurus bagi tujuan komersial. Hasil Pembelajaran Utama
dan Hasil Pembelajaran Khusus yang dapat dicapai oleh murid dalam Bidang Interpersonal ialah berinteraksi, memberikan pendapat,
berunding, membuat pertimbangan dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

T1 Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran
Cadangan Aktiviti / Sumber / Catatan

1.0 Berinteraksi untuk menjalin dan
mempererat hubungan mesra

1.1 Berbual dan berbicara tentang
perkara yang berkaitan dengan
kehidupan harian yang
menyentuh diri, keluarga,
rakan, dan masyarakat dengan
menggunakan kata, intonasi,
dan nada yang sesuai  (B1 DL1 E1)

1.2 Mendengar dan memberikan
respons secara lisan dan
bertulis tentang sesuatu yang
diperihalkan oleh orang lain.
(B2 DL1 E1) (B3 DL1 E2)
1.3 Menyampaikan maksud yang
tersurat dan tersirat
berdasarkan bahan yang
dikemukakan dengan
menggunakan kata dan
ungkapan yang sesuai.
1.4 Bersoal jawab secara
bertatasusila tentang sesuatu
perkara dengan menggunakan
pelbagai soalan.(B3 DL1 E1)

1.5 Berbincang dan membidas
hujah dengan sopan dalam
pelbagai situasi.(B4 DL1 E1)

1.6 Menyatakan perasaan secara
berterus terang dan beradab
tentang sesuatu perkara untuk
mengekalkan hubungan
Aras 1
ii. Berbual dengan keluarga dengan
menggunakan sebutan, intonasi, kata
dan ungkapan yang sesuai dan
mengemukakan idea yang relevan
dengan topik.
iii. Menyapa dan memperkenalkan diri
kepada seseorang dan
memperkenalkan seseorang kepada
orang lain dengan mesra dan
santun.
iv. Memahami dan menggunakan
gelaran atau panggilan yang sesuai
bagi seseorang.
iv. Menyatakan maksud kata atau
pernyataan secara lisan ketika
berbual dengan rakan.
v. Mengemukakan soalan mudah
untuk berkongsi idea, pengetahuan
serta pengalaman, dan memberikan
jawapan yang sesuai dalam
perbualan secara bertatasusila.
vi. Mendengar sesuatu perkara dengan
teliti dan memberikan reaksi yang
menunjukkan simpati terhadap nasib

vii. Memohon maaf dan memberikan
kemaafan kerana kesilapan yang
dilakukan dan kelalaian.
viii. Mengucapkan terima kasih dan
membalas terima kasih secara ikhlas
atas sesuatu pemberian yang
berbentuk

Aras 2
i. Mendengar sesuatu perkara dengan
teliti dan memberikan reaksi yang
menunjukkan empati.
ii. Memberikan respons secara sopan
terhadap soalan yang dikemukakan
dengan memberikan maklumat yang
diperlukan.
iii. Memberikan ucapan selamat kepada
seseorang secara lisan dan dalam
bentuk nota.
iv. Memberikan panduan tentang
sesuatu perkara kepada seseorang.


Aras 3
i. Menyatakan perasaan diri sendiri
kepada seseorang.
ii. Mengemukakan pandangan dan
kritikan yang membina.
iii. Memilih topik yang sesuai untuk
memulakan perbualan yang lebih
membina.




Melaksanakan lakonan spontan yang
menunjukkan situasi kekeluargaan dengan
menggunakan kata panggilan yang sesuai
dan bertatasusila.
Contoh : Berbual ketika makan malam
dan bercerita tentang hal atau
masalah yang timbul di sekolah
atau di tempat kerja.
·  Melakonkan situasi memperkenalkan rakan
baru kepada orang tertentu seperti ibu
bapa, jiran.
·  Menyenaraikan secara bertulis kata
panggilan yang diperdengarkan.
Contoh: Pak Long, Pakcik, Makcik,Tuan,
Puan, Saudara dan Tuan Haji.
·  Menulis dialog dalam konteks aktiviti soaial
dengan menyelitkan kata gelaran dalam
keluarga, semenda atau bukan keluarga
misalnya dalam situasi majlis perkahwinan.
·  Menjelaskan maksud tersirat dalam
perbualan.
Contoh:“Kebanyakan atlet kita jaguh
kampung.”
‘jaguh kampung’ bermaksud juara atau
orang yang handal di tempat atau di
negara sendiri.
·  Menyoal tentang sesuatu peristiwa sosial
dengan menggunakan soalan aras rendah
seperti apa, bila dan mengapa.
·  Menjalankan main peranan aktiviti
menziarah bapa rakan di hospital dan
mengucapkan kata simpati serta
menawarkan pertolongan tertentu.
·  Menjalankan aktiviti simulasi situasi
memohon kemaafan kerana merosakkan
sesuatu alat kepunyaan orang lain tanpa
sengaja. Contoh: Percakapan antara anak
dengan bapa atau antara rakan sebaya.
·  Menjalankan aktiviti main peranan dan
simulasi situasi ucapan terima kasih
- selepas menerima hadiah atau
menerima bantuan rakan dalam
menyudahkan tugasan.
- setelah pengetua memaafkan pelajar
atas suatu salah laku.

·  Bercerita tentang sesuatu insiden yang
menyayat hati seperti ditimpa kemalangan
(benar atau rekaan) dan memberikan reaksi
empati terhadap cerita berkenaan.
·  Menjawab soalan yang lebih rumit ketika
berbual dengan memberikan maklumat
secara jelas.
·  Menelefon rakan untuk menyampaikan
ucapan selamat/ simpati.
Contoh: Ucapan tahniah, takziah, terima
kasih.
·  Menulis nota ringkas atau kad ucapan
tentang perkara tersebut.
·  Memberikan tunjuk cara melakukan
sesuatu kepada rakan. Contoh: Cara
melayari Internet atau membela ikan
dalam akuarium.

·  Menulis nota pendek dalam kad untuk
menyatakan penghargaan atas rasa setia
kawan serta keprihatinan yang
ditunjukkan, dan mengaku kesalahan.
Nota: selitkan kata, pantun dan madah
yang bermakna.
·  Membincangkan dan mengkritik sesuatu isu
semasa dalam situasi perbualan secara
objektif. Contoh: Kandungan bahan kimia
dalam ubatan.
·  Memulakan perbualan dengan meminta
pandangan pihak kedua tentang sesuatu
topik seperti model terbaru kereta nasional.



T1 Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran
Cadangan Aktiviti / Sumber / Catatan

2.0 Memberikan pendapat yang
bernas sebagai sumbangan dalam
perbincangan
2.1 Mencetuskan idea yang bernas
semasa memberikan pendapat
dalam perbincangan.
2.2 Menghuraikan idea yang
bernas secara kritis dan rapi.
2.3 Memperkuat hujah dengan
menggunakan contoh dan bukti.
2.4 Mengemukakan cadangan yang
membina untuk mencapai
tujuan perbincangan.

2.5 Memberikan penjelasan secara
spontan tentang sesuatu
perkara yang berkaitan dengan
isu yang dikemukakan.

Aras 1
i. Mengenal pasti isi penting dan isu
yang dibincangkan dalam pergaulan
sosial.
ii. Mengemukakan idea yang sesuai
dalam perbincangan.

Aras 2
i. Mengenal pasti dan menggunakan
kata-kata yang dapat memberikan
impak dalam penyampaian.
ii. Menyatakan hubung kait antara
sesuatu perkara dengan perkara
yang lain

Aras 3
i. Menghuraikan sesuatu perkara
berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada.
ii. Membuat kesimpulan semua
pendapat yang dikemukakan oleh
pelbagai pihak dalam perbincangan.
·  Menonton rakaman video sesi
perbincangan suatu rancangan televisyen
tentang sesuatu konflik dan memutuskan
pihak yang benar.
·  Berbincang dalam kumpulan tentang topik
“Batas pergaulan antara lelaki dan
perempuan”

Mendengar kata-kata yang menarik pidato /
pembentangan. Contoh: Ucapan Perdana
Menteri.
·  Menghasilkan peta minda untuk
menghubungkaitkan idea. Contoh:
Mengaitkan kesan pembinaan empangan
kepada kawasan sekitaran.
·  Berbincang dan memberikan penjelasan
sesuatu isu berdasarkan keratan akhbar.
Contoh isu: Muzik tempatan harus
bertunjangkan muzik tradisonal.
Nota: Murid tidak semestinya bersetuju
dengan pernyataan yang diberikan.
·  Menulis kesimpulan tentang tajuk
perbincangan berdasa


T1 Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran
Cadangan Aktiviti / Sumber / Catatan

3.0 Berunding secara santun untuk
mendapat persetujuan dan kata
sepakat
3.1 Berbincang dengan
menggunakan ragam bahasa
dan gaya pengucapan yang
betul semasa berunding.
3.2 Berbincang untuk menerima
dan menolak pandangan orang
lain secara terbuka untuk
mencapai kata sepakat.
3.3 Menyatakan pendirian yang
jelas dengan mengemukakan
maklumat yang relevan.
(B5 DL1 E1)
3.4 Mempertimbangkan semua
aspek yang dikemukakan
dalam perundingan secara
rasional untuk mencapai kata
sepakat supaya diterima oleh
semua pihak.
Aras 1
i. Memilih dan menggunakan kata dan
ayat yang sesuai dalam perundingan.
ii. Mengemukakan pandangan dengan
menggunakan sebutan, intonasi dan
nada yang sesuai.

 Aras 2
i. Mengemukakan pandangan peribadi
dan pandangan balas secara kritis
berdasarkan pemerhatian dan
pengalaman dalam perundingan.
ii. Menjelaskan pendirian tentang
sesuatu perkara.
·  Mengulas aspek tertentu dalam satu sesi
perundingan. Dengan merujuk kepada isu
di atas, contoh pandangan balas ibu bapa
ialah kelas tambahan tidak perlu jika
pengajaran yang berkesan dan latihan yang
cukup diberikan.
·  Bersoal jawab tentang sesuatu topik

Aras 3
i. Membuat pertimbangan yang wajar
dan mencadangkan langkah
penyelesaian terhadap pendapat
yang dikemuka

·  Menjalankan simulasi perundingan pihak
pengurusan sekolah dan pihak ibu bapa.
Contoh: Permintaan ibu bapa agar kelas
tambahan diadakan dua kali seminggu
tetapi kelas pada hujung minggu
dibatalkan.
·  Mendengar hujah dengan teliti dan bersoal
jawab untuk menyetujui atau menolak
pandangan orang lain dalam situasi di atas.
Contoh hujah: Kelas tambahan dua kali
seminggu adalah tidak mencukupi bagi
tujuan ulang kaji.
·  Mengulas cara penyampaian dalam situasi
perundingan di atas. Pelajar meninjau
aspek seperti pemilihan kata, unsur
paralinguistik dan gaya perbincangan.
·  Mengulas aspek tertentu dalam satu sesi
perundingan. Dengan merujuk kepada isu
di atas, contoh pandangan balas ibu bapa
ialah kelas tambahan tidak perlu jika
pengajaran yang berkesan dan latihan yang
cukup diberikan.
·  Bersoal jawab tentang sesuatu topik
berdasarkan pengamatan dan pengalaman
pelajar. Contoh: kelas tambahan yang
kerap menjadikan pelajar letih dan
menjejaskan tumpuan.

·  Membincangkan isi kandungan kertas
cadangan untuk mencari langkah
penyelesaian bagi suatu isu misalnya
masalah pembuangan sampah di kawasan
pinggir atau luar bandar. Contoh cadangan
penyelesaian yang harus dipertimbangkan:
- membuat lubang untuk menanam
sampah; atau
- menjadi sampah sebagai bahan
tambak.



T1 Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran
Cadangan Aktiviti / Sumber / Catatan

4.0 Membuat pertimbangan untuk
mencapai keputusan
4.1 Mengesan kecondongan
pendapat dan menimbangkan
pelbagai pilihan untuk
menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.(B6 DL1 E2)

4.2 Menjelaskan dan membuktikan
pertimbangan secara rasional
dan adil bagi meyakinkan pihak
yang terlibat.

Aras 1
i. Mengenal pasti kecondongan
pendapat berhubung dengan
sesuatu isu.

Aras 2
i. Mengambil kira pandangan pelbagai
pihak untuk membuat pertimbangan.

Aras 3
i. Mengemukakan fakta sebagai bukti
untuk meyakinkan orang lain dalam
membuat keputusan.
Membaca dan meneliti dua laporan tentang
isu yang sama, dan membuat laporan yang
lebih saksama tentang isu tersebut.
Contoh: Petempatan setinggan.

·  Menyenaraikan dan menyusun rasional
secara terperinci secara lisan tentang isu di
atas.
·  Menulis ulasan tentang perkara yang
dibincangkan.

·  Mendapatkan data dan fakta yang relevan
daripada bahan yang dibaca untuk
mengesahkan keputusan. Contoh:
Permasalahan setinggan.
·  Menulis rasional terhadap keputusan yang
diambil berdasarkan fakta yang diberikan
bagi meyakinkan pihak berkenaan.


T1 Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran
Cadangan Aktiviti / Sumber / Catatan

5.0 Memujuk untuk mempengaruhi
pihak lain untuk melakukan
sesuatu
5.1 Berbicara dan merayu dengan
menggunakan kata, ungkapan,
dan ayat yang dapat
memberikan kesan memujuk
untuk mendapatkan sesuatu.
5.2 Menggunakan hujah yang
bernas dan meyakinkan untuk
mempengaruhi pihak lain dalam
pelbagai situasi.(B6 DL1 E2)

5.3 Merayu dengan menggunakan
strategi yang berkesan untuk
memujuk pihak lain.

Aras 1
i. Mengemukakan pendapat untuk
memujuk pihak lain dengan
menggunakan kata, ungkapan,
ayat, intonasi, dan gaya pengucapan
yang sesuai.

Aras 2
i. Mengemukakan hujah dan alasan
yang sesuai untuk meyakinkan pihak
lain.
ii. Memberikan penegasan dan
menunjukkan kesungguhan terhadap
idea yang dikemukakan untuk
meningkatkan keyakinan seseorang.

Aras 3
i. Menyusun idea dan membuat hubung
kaitan dengan kesukaan seseorang
untuk menimbulkan minat dan rasa
ingin tahu bagi tujuan
mempengaruhinya.
Mendengar secara aktif nada kata,
ungkapan dan ayat dalam dialog. Contoh:
Situasi seseorang memujuk rakannya
untuk turut serta dalam aktiviti kembara di
hutan semasa cuti sekolah.
·  Mengajuk intonasi dan gaya pengucapan
dalam dialog yang diperdengarkan.

Membuat simulasi memujuk rakan dengan
memberikan hujah tertentu agar dia
bersetuju menyertai pengembaraan di
hutan.
·  Nota: Penegasan boleh dibuat
menggunakan nada suara dan penekanan
pada hujah yang tertentu.

·  Membuat simulasi dan main peranan
penjual memujuk bakal pembeli untuk
membeli suatu peralatan rumah.
·  Berbincang dan menyenaraikan kata,
ungkapan dan gaya pengucapan yang
meninggalkan kesan memujuk seperti
yang terdapat dalam lirik lagu, puisi dan
iklan.


T1 Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran
Cadangan Aktiviti / Sumber / Catatan

6.0 Berurus dengan pihak tertentu
untuk mendapatkan barangan dan
perkhidmatan
6.1 Menggunakan sebutan,
intonasi, dan unsur
paralinguistik yang sesuai untuk
mendapatkan barangan dan
perkhidmatan.
6.2 Menggunakan perkataan,
ungkapan, ayat, dan laras
bahasa yang sesuai untuk
mendapatkan barangan dan
perkhidmatan.

6.3 Mengambil tindakan susulan
terhadap pihak tertentu yang
berkaitan dengan barangan dan
perkhidmatan.

Aras 1
i. Mengenal pasti gaya pengucapan
dan kata panggilan yang sesuai
untuk berhubung dengan pihak
tertentu melalui telefon atau di
kaunter.
ii. Membuat pertanyaan untuk
mendapatkan maklumat tentang
barangan dan perkhidmatan dan
memberikan respons yang sesuai
apabila memperoleh maklumat
tersebut.
iii. Memesan barangan secara
bersemuka atau melalui cara yang
lain dengan menggunakan kata, ayat
dan laras yang sesuai.
iv. Melengkapkan borang pesanan.
Aras 2
i. Mendapatkan butiran lanjut tentang
barangan dan perkhidmatan dengan
menggunakan unsur paralinguistik
dan gaya pengucapan yang sesuai.
ii. Menggunakan etiket yang betul
ketika berurus melalui telefon.
Aras 3
i. Memberikan respons terhadap pihak
yang telah menawarkan barangan
dan perkhidmatan yang berkualiti
dengan memilih kata dan ungkapan
yang sesuai
·  Menjalankan simulasi perbualan telefon
untuk membuat pesanan barangan. dengan
menggunakan nada, kata-kata, ungkapan
dan ayat yang sesuai.
·  Melakonkan situasi mendapatkan barangan
contohnya membeli komputer. Soalan yang
boleh dikemukakan ialah jenama, harga,
tempoh jaminan dan keistimewaannya.
·  Mengajukan soalan pelbagai aras. Bagi
mendapatkan perkhidmatan misalnya ingin
mendaftar sebagai ahli pusat gimnasium,
soalan yang boleh ditanyakan ialah yuran
keahlian, bayaran bulanan, dan waktu
latihan.
·  Memesan sesuatu barangan melalui E-mel
menggunakan kata dan ayat yang jelas.
·  Mengisi borang pesanan yang sebenar.
·  Melakonkan dialog yang dihasilkan.
Nota: Galakkan pelajar menggunakan nada
suara, mimik muka dan bahasa badan.
·  Etiket yang betul juga harus ditekankan
apabila berurus menggunakan medium
yang lain seperti faksimile dan E-mel.
·  Menulis dialog berdasarkan situasi yang
ditetapkan.
Contoh : di pejabat pos, di hospital dan
di kedai runcit

Berbincang dan menyenaraikan bentuk
penghargaan yang sesuai.
Contoh: surat penghargaan,
hadiah dan cenderamata
·  Menghantar surat atau kad ucapan terima
kasih kepada pihak yang memberikan
perkhidmatan yang cemerlang.



Hasil Pembelajaran Bidang Maklumat
Bidang Maklumat berfokus pada keupayaan murid memperoleh dan menyampaikan pelbagai pengetahuan dalam bidang ilmu.
Pemerolehan maklumat didapati melalui aktiviti mendengar, berbual, membaca, serta mengakses maklumat daripada multimedia. Hasil
Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang dapat dicapai oleh murid dalam Bidang Maklumat ialah mendapat, memproses,
dan menyampaikan maklumat.
T1 Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran
Cadangan Aktiviti / Sumber / Catatan

7.0 Mendapat maklumat daripada
pelbagai sumber yang didengar,
dibaca, dan ditonton
7.1 Mengenal pasti dan
menyatakan gambaran
keseluruhan, idea utama, isi
penting, dan isi relevan
tentang bahan yang didengar,
dibaca, dan ditonton.
7.2 Memahami dan menyatakan
maksud perkataan sukar
berdasarkan konteks.(B2 DB1 E1)

7.3 Mengemukakan soalan untuk
mendapatkan penjelasan
lanjut.

7.4 Membaca pantas secara
imbasan dan luncuran untuk
membuat rujukan pelbagai
bahan bercetak dan bahan
elektronik.( B1 DB1 E1), (B5 DB1  E1)
7.5 Memahami dan meneliti
maksud tersurat dan tersirat
daripada sesuatu bahan.
(B4 DB1 E1)
7.6 Membezakan fakta dengan
pandangan dalam bahan yang
dirujuk.
7.7 Memahami laras bahasa bagi
pelbagai bahan untuk
memperoleh maklumat.


Aras 1
i. Mendengar dan memahami pelbagai
teks.
ii. Membaca pantas untuk mengenal
pasti bahan atau penerbitan yang
sesuai untuk menyiapkan suatu
tugasan.
iii. Mengenal pasti dan menyatakan
gambaran umum dan idea utama
dalam pelbagai bahan.
iv. Memahami dan menyatakan makna
kata yang sukar berdasarkan
konteks.
v. Mengemukakan soalan bertumpu
aras rendah yang sesuai untuk
mendapatkan maklumat yang
dikehendaki.
vi. Mencerakin maklumat daripada
gambar dan bahan grafik


vii. Meneliti dan memahami maklumat
tentang panduan menggunakan
perkhidmatan awam.
viii. Menyenaraikan isi tersurat dalam
petikan.

Aras 2
i. Membina dan mengemukakan soalan
bertumpu aras rendah dan aras tinggi
untuk mendapat penerangan.
ii. Mengenal pasti dan menyatakan
maksud tersirat.


Aras 3
i. Mengulas bahan dengan
menyatakan isi tersurat, isi tersirat
dan kesimpulan.
ii. Menyenaraikan dan mengemukakan
pernyataan fakta dan pandangan
dalam petikan.
iii. Menyatakan penggunaan diksi dalam
bahan yang menggunakan laras
sains dan laras klasik untuk
memahami maklumat.

·  Untuk meningkatkan kemahiran mendengar
pelajar, berikan tugasan pramendengar,
semasa mendengar dan pascamendengar.
Contoh:
-  Pramendengar – (meneka jawapan
bagi soalan yang dikemukakan)
-  semasa mendengar (melengkapkan
maklumat)
-  pascamendengar (menyusun
maklumat, melengkapkan butiran).
·  Membaca secara imbasan kandungan,
bibliografi dan indeks untuk mengenal pasti
sumber yang relevan.
·  Membuat nota daripada bahan yang dibaca.
·  Menceritakan semula cerita, drama atau
dokumentari yang diperdengarkan secara
bergilir-gilir ayat demi ayat.
·  Membaca rencana akhbar secara luncuran
tentang isu semasa untuk mengenal pasti
idea utama.
·  Nota: Dedahkan kemahiran menggunakan
kamus yang betul agar pelajar dapat
merujuk dengan cekap dan
mengembangkan kosa kata mereka.
·  Murid meneka makna mengikut konteks,
kemudian merujuk kepada kamus dan
mengenal pasti ketepatan makna yang
diberikan.
·  Secara berpasangan, murid menjalankan
simulasi dan main peranan temu bual.
·  Menghuraikan bahan grafik seperti carta,
simbol, jadual dan pelan dan
membandingkan huraian dengan hasilan
rakan.

·  Bertanya arahan atau panduan. Contoh:
Panduan mendapatkan tiket komuter atau
mengeluarkan wang menggunakan mesin
autoteller.
·  Membaca pantas untuk mendapatkan
maklumat tersurat daripada perenggan
·  Menjalankan aktiviti membina dan menjawab
soalan dalam kumpulan bagi tujuan
meneroka maklumat. berdasarkan bahan
rangsangan Contoh: Iklan, gambar, dan
benda maujud.
·  Menyatakan implikasi daripada sesuatu isi
tesurat. Contoh isi tersurat:
Sektor pertanian kekurangan tenaga
pekerja
Contoh isi tersirat: Golongan muda lebih
gemar bekerja di sektor perkhidmatan dan
perkilangan.

·  Mengulas bahan grafik seperti carta, jadual
dan peta.
·  Aktiviti ini dapat melatih pelajar mengesan
kecondongan pendapat dalam sesuatu
maklumat.
·  Merujuk kepada kamus istilah atau
ensiklopedia untuk menentukan makna kata
dan istilah dalam bidang sains.
·  Menjawab soalan pemahaman untuk
menunjukkan kefahaman terhadap teks yang
dibaca.






T1 Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran
Cadangan Aktiviti / Sumber / Catatan

8.0 Memproses maklumat untuk
keperluan tertentu

8.1 Menyaring maklumat mengikut
klasifikasi. (B3 DB1 E1)

8.2 Menyusun maklumat mengikut
keutamaan.
8.3 Membuat pertimbangan secara
teliti terhadap maklumat yang
telah disusun.
8.4 Mengolah maklumat secara
koheren untuk tujuan tertentu.
(B5 DB1 E2)
8.5 Mentafsirkan maklumat yang
telah dipilih secara rasional
untuk membuat inferens.
(B5 DB1 E2)
8.6 Menyemak semula maklumat
dan memutuskan sama ada
hendak menerima, menambah,
atau menolak pilihan.
8.7 Menilai secara keseluruhan
sesuatu maklumat dengan
memberikan alasan yang
kukuh. (B6 DB1 E1)(B6 DB1 E2)

8.8 Membuat rumusan dengan
alasan yang munasabah.


Aras 1
i. Mengenal pasti maklumat yang
diperlukan.
ii. Menyusun maklumat untuk tujuan
tertentu.
iii. Mengenal pasti idea utama dan idea
sokongan dalam perenggan
Aras 2
i. Membina semula maklumat dengan
menghubungkaitkan fakta.
ii. Menentukan makna kata dengan
memahami pembentukan kata dan
petunjuk konteks.
iii. Menghuraikan maklumat secara logik
untuk membuat inferens.
iv. Memeriksa semula maklumat untuk
menentukan kekuatan dan
kelemahannya.
v. Membuat ramalan dengan
memberikan alasan berdasarkan
maklumat yang terdapat dalam teks.

Aras 3
i. Membaca dan merujuk secara
ekstensif pelbagai bahan.
ii. Menentukan kesesuaian maklumat
dengan topik atau tugasan serta
mengemukakan alasan.
iii. Merumuskan idea dengan alasan
yang dapat diterima.






T1 Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran
Cadangan Aktiviti / Sumber / Catatan

9.0 Menyampaikan maklumat untuk
tujuan tertentu

9.1 Menggunakan kata, istilah,
frasa, rangkai kata, peribahasa
dan ayat yang tepat serta indah
untuk menyampaikan maklumat
secara tersusun dan kohesif.

9.2 Menentukan format
penyampaian dan jenis
penulisan yang sesuai untuk
menyampaikan maklumat.

9.3 Menyediakan kerangka
penyampaian dan bahan
edaran untuk membuat
pembentangan.

9.4 Menyediakan hujah dan alasan
serta menyampaikan maklumat
untuk sesuatu pembentangan.

Aras 1
i. Membentangkan idea dengan
menggunakan kata, frasa, rangkai
kata, simpulan bahasa dan ayat
tunggal yang sesuai.
ii. Menginterpretasi tajuk pembentangan
atau penulisan yang diberikan.
iii. Menyatakan dan mengilustrasikan
format pelbagai format lisan dan
penulisan.
iv. Menyampaikan panduan
menggunakan sesuatu atau tunjuk
cara.
v. Merangka pendahuluan yang baik
bagi persembahan secara lisan dan
penulisan.
vi.Menyampaikan maklumat atau mesej
secara tersusun dan kohesif dengan
menggunakan kata, frasa dan rangkai
kata yang sesuai dengan khalayak.

Aras 2
i. Mengenal pasti format penyampaian
pesanan, ucapan, cerita dan
pengumuman.

ii. Mengecam format penulisan surat,
kad ucapan, pesanan dan cereka.
iii. Menyampaikan hujah dengan
intonasi dan gaya yang sesuai.



Aras 3
i. Melakar kerangka penyampaian
pesanan, ucapan, cerita dalam
bentuk nota ringkas dan
menyediakan bahan edaran yang
sesuai.
ii. Mengolah pendahuluan, isi
kandungan dan penutup
penyampaian.
iii. Menyampaikan maklumat secara
spontan.
iv. Menyediakan hujah dan alasan
berdasarkan contoh, fakta dan
pengalaman.

·  Membaca secara imbasan bagi tujuan
mengesan kata, frasa, rangkai kata,
simpulan bahasa dan ayat tunggal yang
terdapat dalam pelbagai bahan.
·  Menganalisis tajuk dan menggarisi kata
kunci dalam tajuk karangan, esei dan
sebagainya.
·  Mengilustrasikan format penulisan:
surat kiriman rasmi, syarahan,
pengumuman, rencana dan laporan.
format lisan: syarahan, ucapan dan
forum.
·  Contoh: Membuat demostrasi aktiviti
senaman menggunakan alatan senaman
tertentu.
·  Contoh struktur penyampaian pesanan:
- tujuan
- bahan
- prosedur (langkah 1, langkah 2 …)
- aspek tatabahasa misalnya
menggunakan ayat perintah, dan
penanda ordinal (Pertama, selepas itu…)

·  Pelajar mencuba teknik menulis
pendahuluan yang berbeza-beza.
Contoh: Teknik memberikan definisi, isu,
atau permasalahan dan kesan dramatik .
·  Galakkan penyampaian pesanan dengan
medium yang berbeza, lisan, catatan,
pesanan melalui telefon, faks dan
sebagainya.
·  Lakukan main peranan seperti penyampai
berita, penyampai ulasan selari atau
juruacara.

·  Membaca secara imbasan untuk
mengenal pasti format penyampaian
pesanan, ucapan, cerita dan
pengumuman.
·  Mendengar dan menonton penyampaian
ucapan, pengumuman dan cerita untuk
mengesan sebutan, nada, intonasi dan
gaya persembahan.
·  Menulis surat rasmi dan tidak rasmi
dengan menggunakan format yang betul.
·  Membandingkan format ucapan dan
pengumuman surat rasmi dan tidak rasmi
dengan menggunakan borang pengurusan
grafik.
·  Menonton debat ala parlimen dan
menyenaraikan hujah dan bidasan oleh
pihak kerajaan dan barisan pembangkang.
·  Melafazkan semula hujah dan bidasan
yang telah disenaraikan.
·  Berbincang tentang persiapan
mengadakan majlis perpisahan termasuk
menentukan bahan edaran yang sesuai
seperti kad jemputan tentang majlis.
·  Menyediakan kerangka penyampaian
ucapan dari segi kata alu-aluan, isi dan
penutup dalam kumpulan kecil.
·  Contoh: Memberikan panduan arah suatu
tempat dan ulasan selari tentang
keadaan lalulintas di jalan-jalan utama.
·  Berbincang dalam kumpulan untuk
menyediakan hujah dan alasan bagi tajuk tertentu.
Ramalkan hujah yang akan dikemukakan oleh pihak suatu lagi untuk menyediakan bidasan dalam pertandingan debat.




T1 Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran
Cadangan Aktiviti / Sumber / Catatan


10.1 Menceritakan semula
sesebuah karya secara
keseluruhan.
10.2 Mengenal pasti perkara yang
menarik dalam karya.
10.3 Menyatakan bentuk dan nada
puisi.
10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema
dan persoalan, pemikiran,
nilai, dan pengajaran.
10.5 Menghuraikan maksud, gaya
bahasa dan unsur bunyi dalam
puisi.
10.6 Mengulas karya sastera dari
aspek watak dan perwatakan,
latar, plot, gaya bahasa dan
sudut pandangan.

Aras 1
i. Menyatakan idea keseluruhan dan
mengesan urutan peristiwa sesebuah karya.

ii. Mengecam perkara yang menarik
dalam karya.
iii. Mendengar secara teliti untuk
memahami maksud dan
menghayati keindahan karya.
iv. Melafazkan puisi dengan sebutan,
intonasi dan gaya pengucapan
yang menunjukkan pemahaman
dan penghayatan.
v. Menyatakan jenis, ciri, bentuk dan
nada puisi.
vi. Memerihalkan watak-watak dalam
karya.
vii. Memerihalkan latar dalam cerita.

 Aras 2
i. Memberikan pandangan tentang
aspek jalinan peristiwa dalam
karya.
ii. Menghuraikan maksud puisi.
iii. Mengemukakan tema, persoalan

Aras 3
i. Mengolah perenggan pendahuluan,
perenggan isi dan perenggan
penutup dengan menggunakan
bahasa yang sesuai.
ii. Menggunakan diksi yang sesuai
untuk membina baris sajak
berdasarkan tema tertentu.
iii. Mengenal pasti dan membetulkan
kesalahan tanda baca dan ejaan
dan menyemak semula isi yang
bersesuaian dengan tajuk.

·  Memperkatakan perkara yang menarik dan
mengesankan dalam karya.
Galakkan pelajar menyatakan sebab
mereka menyukai aspek-aspek tertentu
dalam karya yang dibaca.
·  Mendengar dan menghayati deklamasi
sajak atau maksud lirik dalam lagu yang
puitis.
·  Menceritakan semula karya dengan gaya
improvisasi yang menarik.
·  Tekankan sebutan yang jelas, nada yang
sesuai dengan maksud puisi dan gaya
pengucapan yang sederhana (tidak
berlebih-lebih).
·  Berbincang dalam kumpulan tentang
jenis pantun, serta ciri, bentuk dan nada
pantun dan syair.
·  Pelajar memberikan gambaran fizikal,
sikap dan hasrat bagi watak utama dan
watak sampingan.
·  Mengilustrasikan latar dalam cerita yang
dibaca.
·  Berbincang dalam kumpulan tentang
perjalanan cerita cerpen atau drama dari
awal hingga akhir dan melakar urutannya
dengan peta cerita.
·  Memparafrasa kata dan ungkapan dalam
puisi.
·  Menulis huraian maksud pantun dan sajak
dalam buku skrap
·  Berbincang dalam kumpulan kecil untuk
menentukan tema dan persoalan serta
pemikiran sesebuah karya dan
membandingkan jawapan dengan jawapan
kumpulan lain.
·  Menjalankan aktiviti teater pembaca
dan melafazkan dialog dengan gaya yang
menunjukkan pemahaman dan
penghayatan cerita.               
·  Berbincang dalam kumpulan kecil untuk
mengemukakan pendapat tentang
pemilihan kata, ungkapan dan ayat dalam
hasil prosa dan puisi. Contoh: penggunaan
pengulangan dan simile.
·  Melaksanakan aktiviti sumbang saran
untuk menyatakan nilai dan pengajaran
yang ketara dalam sesebuah hasil karya.
·  Berikan penekanan pada nilai dan
pengajaran yang terdapat dalam karya,
misalnya pelajar menyatakan sama ada
nilai tersebut masih dipegang oleh
masyarakat semasa.
·  Mengilustrasikan adegan, babak dan
peristiwa dalam karya.
·  Menjalankan “Permainan cepat dan tepat
merujuk kamus” dalam kumpulan bagi
tujuan menjelaskan maksud perkataan
sukar yang terdapat dalam karya prosa
dan puisi.
·  Membuat ulasan puisi dengan
menggunakan kata-kata yang menarik dan
tepat.




T1 Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran
Cadangan Aktiviti / Sumber / Catatan

11.0 Menguasai gaya bahasa dan laras
bahasa dalam karya penulisan
kreatif dan bukan kreatif
11.1 Mengenal pasti gaya bahasa
dalam karya bukan sastera
serta menggunakannya dalam
penulisan bukan kreatif.
11.2 Menganalisis gaya bahasa
dan unsur bunyi dalam karya
sastera serta menggunakannya
dalam penulisan kreatif.
11.3 Membandingkan penggunaan
laras bahasa dalam pelbagai
genre.

Aras 1
i. Mengecam diksi, istilah dan ayat
tunggal dalam karya bukan
sastera.
ii. Mengesan gaya bahasa dalam
prosa dan puisi.
iii. Mengenal pasti maksud bahasa
kiasan dan peribahasa yang
terdapat dalam karya dan
menggunakannya dalam konteks.

Aras 2
i. Mengesan aspek keindahan bunyi
dalam sajak
ii. Menggunakan kata-kata puitis
dalam pantun, syair dan sajak.
iii. Menggunakan kata dan ayat yang
tepat dalam penulisan prosa.

Aras 3
i. Mencipta kata dan pengucapan
yang indah dan slogan yang
menarik.
ii. Menjelaskan penggunaan bahasa
dan istilah dalam laras sastera dan
laras sukan.

·  Membaca dan mengesan pemilihan kata
dan penggunaan ayat tunggal dalam karya
bukan sastera (rencana, laporan dan
kertas kerja).
·  Galakkan pelajar menyalin kata, ungkapan
dan ayat yang indah dan berkesan dalam
buku catatan.
·  Mencatat penggunaan pengulangan,
(hadapan dan belakang), sinkof dan simile
dalam karya. Contoh simile: Bagai embun
di hujung rumput.
·  Membaca dan mengecam perlambangan,
pepatah dan bidalan dalam petikan teks
dan menggunakannya dalam perenggan.
·  Berbincang dan merujuk kepada kamus
untuk mencari makna peribahasa.
 ·  Mencatat aspek pengulangan yang
terdapat dalam hasil karya seperti unsur
aliterasi, asonansi, rima tengah dan rima
akhir dalam pantun, syair dan sajak.
·  Menyatakan pendapat tentang
penggunaan rima akhir dan tengah dalam
puisi.
·  Melengkapkan perenggan dengan kata,
ungkapan dan peribahasa yang betul.
·  Memparafrasa ungkapan dan ayat dalam
prosa atau puisi.
·  Menukarkan ayat yang diberikan dengan
pelbagai ayat yang lain.
Contoh: ayat penyata biasa kepada ayat
penyata songsang.
·  Contoh: Madah, kata hikmat, slogan dan
definisi, misalnya, “ Sahabat yang
sejati…’
·  Membaca dan menilai penggunaan laras
bahasa dalam sesuatu karya.
·  Menukarkan teks prosa tradisional kepada
teks moden tanpa mengubah maksud
asalnya.


T1 Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran
Cadangan Aktiviti / Sumber / Catatan

12.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan
bukan kreatif
12.1 Menghasilkan prosa dan puisi
secara terancang, tertib, dan kemas
dengan menggunakan bahasa yang
tepat, indah, dan menarik. (B6 DT1 E1) (B6 DT1 E2)

12.2 Mengemukakan isi yang bernas dan membina kerangka penulisan.
(B4 DT1 E1) (B5 DT1 E1)
12.3 Membina ayat topik dan ayat
huraian untuk membina
perenggan yang kohesif. (B1 DT1 E1)
(B2 DT1 E1) PERMUDAH
(B4 DT1 E2)
12.4 Menyusun isi dan menggunakan
penanda wacana untuk
menghasilkan perenggan yang
koheren.
(B5 DT1 E1)
12.5 Membina baris puisi dengan kemas
dan indah.
12.6 Mengedit dan memurnikan sesuatu
karya yang telah dihasilkan.
(B6 DT2 E1)

Aras 1
i. Mengenal pasti isi yang sesuai
dengan tajuk.
ii. Mengenal pasti ayat topik dan ayat
huraian dalam perenggan yang
berbentuk deduktif.
iii. Memilih diksi yang sesuai untuk
membina baris pantun dua kerat
dan empat kerat.
iv. Menulis karangan berpandu.
Aras 2
i. Mengemukakan dan memutuskan
isi dalam bentuk grafik yang
sesuai.
ii. Mengemukakan isi mengikut
urutan dengan menggunakan
penanda wacana yang sesuai.
iii. Menggunakan diksi dan simile
yang sesuai untuk menghasilkan
pantun dua kerat dan empat kerat.
Aras 3
i. Mengolah perenggan pendahuluan,
perenggan isi dan perenggan
penutup dengan menggunakan
bahasa yang sesuai.
ii. Menggunakan diksi yang sesuai
untuk membina baris sajak
berdasarkan tema tertentu.
iii. Mengenal pasti dan membetulkan
kesalahan tanda baca dan ejaan
dan menyemak semula isi yang
bersesuaian dengan tajuk.
·  Menyatakan isi penting secara
merujuk kepada ensiklopedia untuk
menjalankan aktiviti sumbang saran.
·  Membina ayat huraian bagi ayat topik
dengan pelbagai cara bagi
membentuk perenggan berdasarkan
isi sesuatu tajuk yang telah
dibincangkan.
·  Merujuk kamus dan tesaurus untuk
memilih kata yang tepat dan mencari
variasi kata secara kreatif.
·  Memilih kata yang berunsurkan alam
(flora dan fauna) dan kata yang dapat
membentuk rima akhir dan rima
tengah.
·  Karangan ditulis berdasarkan:
- isi-isi yang telah diberikan
- set perkataan yang diberikan
secara rawak.
·  Secara berpasangan, mengenal pasti
idea berdasarkan gambar. Contoh:
kawasan pelancongan, situasi di
perhentian bas dan bahagian
pemasangan di kilang.
·  Menyambung ayat-ayat dengan
penanda wacana. Contoh: Di
samping itu, Oleh yang demikian,
dan Sehubungan dengan itu.
·  Menulis kesudahan atau permulaan
cerita dengan memperlihatkan
pertautan idea secara logik.
·  Pantun kreatif juga digalakkan
misalnya pantun teka-teki atau
mencipta pantun untuk aktiviti
berbalas pantun.
·  Menghasilkan penulisan yang
mencakup karangan keperihalan,
fakta, cereka, agama, imaginasi dan
perbincangan.
·  Menentukan ayat huraian yang
sesuai untuk mengembangkan idea
atau ayat topik.
·  Membina ayat gramatis berserta
ungkapan indah untuk menghasilkan
karya selepas aktiviti teater
pembaca.
·  Menghasilkan brosur / lembaran
untuk program Hari Keusahawanan
sekolah.
·  Perbincangan dengan rakan sebaya
untuk mengedit sesuatu karya dari
aspek ejaan, ayat, dan susunan isi.